assalamualaikum..

salam perkenalan kpd semua yg mgenali diri ini..salam mahabbah n salam tautan..

Saturday, February 26, 2011

tribute for atuk....

aku dedikasikan entry ni khas tuk atok aku yg jauh di mata n dekat dihati..walaupon x pernh jumpe beliau..tp jasa dan pengorbanan beliau serta rakan2 perjuang yg lain amat aku kagumi..

Peristiwa Bukit Kepong

Peristiwa Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.
Bukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di tebing sungai Muar, Johor yang mempunyai lebih kurang 20 buah kedai kebanyakannya kepunyaan orang Cina. Kampung ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitaran 3 ke 6 kilometer melalui jalan darat. Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Kedudukannya yang terpencil ini, menyebabkan Bukit Kepong terputus hubungan dengan dunia luar. Penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sederhana, berani dan berdikari. Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden yang paling menarik bermula 18 bulan terdahulu apabila 3 orang Melayu bertembung dengan 3 orang pengganas komunis yang bersenjata.
Dengan hanya bersenjatakan pisau, mereka berjaya membunuh seorang pengganas, mencederakan dan menawan seorang lagi serta menyebabkan pengganas yang ketiga
melarikan diri. Dalam pertempuran yang lain, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan bersenjatakan parang telah diberi penghargaan `Colonial Police Medals' ke atas keperwiraan mereka.
Pasukan Polis bantuan ini bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong. Tiga orang daripada mereka sedang bertugas seperti biasa semasa Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan pengganas komunis (180 orang) lebih kurang jam 5.00 pagi, 23 Februari 1950. Pertahanan balai polis dan berek kelamin serta merta didirikan untuk menghadapi serangan hebat daripada pengganas komunis yang menggunakan senjata-senjata automatik yang mengepung balai polis. Tembak-menembak berlaku dengan sengitnya, dan pihak pengganas komunis mengarahkan supaya anggota polis
menyerah diri tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Pertempuran berterusan dan beberapa orang anggota di balai polis terbunuh, sementara di berek kelamin pula anggota-anggota polis yang tidak bertugas terus bertempur sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota marin polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Apabila pihak komunis memulakan pengepungan, pihak komunis percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
1. Kelebihan senjata dan jumlah anggota
2. Keadaan stesen yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong ketika itu diketuai oleh OCPS Sarjen Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika kejadian, dia tiada di situ, kemungkinannya pekara yang diketahui oleh pihak komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 polis Melayu dan Konstabel Polis Marin di bawah Sarjen Jamil Mohd Shah. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal khas dan empat polis tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang polis kesemuanya.
Tiga belas isteri dan anak-anak polis tinggal di berek kelamin di sebelah belakang balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan polis marin di situ.
Serangan Komunis
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan mereka dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu dan Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 4.15 am. apabila SC Jaffar mencabar dan menembak seorang anggota komunis yang sedang memotong kawat duri.Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap mengejutkan pihak polis tetapi kini menerima tentangan hebat, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Allahyarham Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Beberapa anggota terbunuh apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Tambahan beserta sekumpulan sukarelawan digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh pasukan pengawal belakang komunis dan beberapa orang turut terkorban. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Stern Gun turut dimusnahkan komunis.
Memandangkan kekuatan pertahanan balai polis, komunis mula menggunakan taktik kotor. Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Miriam Ibrahim, isteri kepada konstebel Mohamad Jaafar. Pihak komunis memaksa Miriam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka
yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Miriam dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga mati setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek pegawai dan stesen polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari stesen yang terbakar dan menyerbu kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Hanya seorang sahaja berjaya menyeberangi sungai dengan rifle masih di tangannya.Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya mengalahkan polis dan membakar stesen itu. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan
kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (dalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
picture:
my grandpa..koperal md.yassin..    
p/s: to see more pictures..sila layari laman web pdrm..ihsan pdrm..=)