assalamualaikum..

salam perkenalan kpd semua yg mgenali diri ini..salam mahabbah n salam tautan..

Sunday, March 13, 2011

Program yang xkan aku lupai....Thanks!!

TAHNIAH KEPADA SPP FPQS

Tahniah diucapkan kepada Sekretariat Perhubungan Pelajar FPQS kerana berjaya menganjurkan Minggu Kebudayaan dan Kesenian Islam yang berlangsung pada 7 – 12 Mac 2011.
Minggu kebudayaan ini telah berjaya mencubgkil bakat-bakat baru yang terpendam dikalangan mahasiswa dan mahasiswi USIM. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya ialah pertandingan hafazan, tilawah, azan, Islamic short movie, Islamic komic dan pertandingan nashid mahasiswa mahasiswi.
Sesungguhnya islam tidak menghalang hiburan dan kesenian tapi mestilah menurut landasan yang telah ditetapkan oleh syariat. Perbezaan minggu kesenian kali ini ialah Pertandingan nashid untuk siswi diadakan berasingan dengan siswa bermula dari gerak kerja, penonton sehingga barisan juri adalah dari kalangan siswi. Sebanyak 13 kumpulan siswi telah menyertainya. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SPP FPQS.
Malam kemuncak majlis perasmian penutup berlangsung dengan jayanya di DKU FPQS pada 12/3/2011 jam 8.30 malam yang telah dirasmikan oleh Ybhg. Prof. Dato' Dr. Muhammad Bin Muda, Naib Canselor USIM. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Kumpulan Nasyid Popular MESTICA dan FIKRAH yang ditunggu- tunggu oleh mahasiswa mahasiswi USIM.
MPP 2011 berharap supaya minggu kebudayaan seperti ini dapat diadakan lagi dengan penyertaan daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi. 
p/s: syukran to MPP kerana bg sokongan kepada kami...exco kebudayaan dan kesenian FPQS...

No comments:

Post a Comment